Saturday, 20 December 2014
EXCO SUKAN : ' ISKANDAR MALAYSIA INVITATIONAL CUP 2014 ' .... (TIMBA ILMU DAN HAYATI IBRAH...)
Bismillah...
Assalamu’alaikum w.b.t.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Alhamdulillah dengan izin daripada Allah s.w.t, pihak Exco Sukan dan Seni Budaya telah berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab dalam sebuah program yang dianjurkan oleh pihak Iskandar Investment Berhad (IIB) sebagai Ahli Jawatankuasa (comittee) pada tarikh 21 Disember 2014 di Gelanggang Cruyff Iskandar, SK Mohd Khir Johari, Kg. Melayu Majidee. Program ' ISKANDAR MALAYSIA INVITATIONAL CUP 2014 ' yang diketuai oleh En Farid merupakan sebuah program yang memfokuskan sukan futsal melibatkan peserta daripada komuniti Iskandar sendiri. Antara komuniti yang terlibat ialah IIB, Educity Iskandar Malaysia, JPN Johor, SK Mohd. Khir Johari dan beberapa komuniti lain yang mengambil bahagian.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan undian bagi 9 kumpulan yang mengambil bahagian. Tepat jam 9.15 pagi, perlawanan pertama sesi kumpulan dimulakan. Diikuti dengan sesi separuh akhir dan sesi akhir. Johan keseluruhan membawa pulang baucar tunai berjumlah RM 2000 beserta trofi dan medal. Naib Johan membawa pulang baucar tunai berjumlah RM 1500 dan medal. Tempat ketiga membawa pulang baucar tunai berjumlah RM 1000 beserta medal. Johan telah dirangkul oleh SK Mohd Khir Johari (A). Tahniah dicapkan kepada semua pemenang. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar.
Ahli jawatankuasa program turut disertai oleh angkatan Majlis Tertinggi Kelab-Kelab Sukan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
Berikut adalah senarai nama yang terlibat :
1) ASYRAF BIN AHMAD
-KETUA EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
2) ZAINURSYAMIMI BINTI ZAKARIA
-TIMBALAN EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
3) MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MUIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
4) MUHD HAFIZ BIN ROSLI
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
5) LUKMANNULHAKIM BIN MD AMIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
6) NORIZATUL MARDIAH BINTI SHAHRANI
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
7) RASYIQAH BINTI MOHAMAD NOH
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
8) MUHAMMAD HAIKAL BIN MD NAZIR
-PENGERUSI KELAB FUTSAL
9) NUR SAKINAH BINTI MOHD ZIKRI
-BENDAHARI KELAB PING PONG
10) NURUL BALQISH BINTI AZHARUDIN
-AJK KELAB BADMINTON
Bagi setiap jawatankuasa, terdapat sijil yang disediakan oleh pihak IIB dan JCF. Semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi semangat dan ilmu yang baru kepada setiap jawatankuasa sekaligus meraih redha dari-Nya. InsyaAllah.
Matlamat kami bagi program ini ialah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat melalui sukan serta menghiasi nilai-nilai murni seperti semangat yang jitu serta kasih sayang dalam setiap individu untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang mendorong pembangunan negara yang lebih komprehensif. Selain itu, kami ingin menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi menimba pengalaman dan cara pengurusan sesuatu program yang lebih matang dan kreatif.
Sepanjang karnival dijalankan, kami sentiasa memastikan setiap tindakan yang dilakukan menuju matlamat yang telah dirancang serta menyantuni masyarakat setiap satunya. Alhamdulillah, matlamat yang telah digariskan oleh pihak IIB serta pihak kami sendiri berjaya dicapai.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.
'Sukan dihiasi, Seni diwarisi, Islam diteladani'
Friday, 19 December 2014
Program Iskandar Malaysia Invitational Cup 2014 - Exco Sukan dan Seni Budaya 14/15
Bismillah...
Pada tarikh 18 Disember 2014 (Khamis), jam 4.30 petang bertempat di pejabat Iskandar Johor Bahru. Kami, pihak Exco Sukan dan Seni Budaya telah mengadakan satu pertemuan dengan pihak Iskandar yang diwakili oleh En. Farid (Ketua Program Iskandar Malaysia Invitational Cup 2014), En Hisham, En Azhar, En Shah dan beberapa wakil yang lain bagi kerjasama dalam aktiviti luaran Exco Sukan dan Seni Budaya. Perjumpaan turut disertai oleh angkatan Majlis Tertinggi Kelab-Kelab Sukan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
Berikut adalah senarai nama yang terlibat dalam aktiviti luaran dengan pihak Iskandar buat kesekian kalinya :
1) ASYRAF BIN AHMAD
-KETUA EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
2) ZAINURSYAMIMI BINTI ZAKARIA
-TIMBALAN EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
3) MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MUIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
4) MUHD HAFIZ BIN ROSLI
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
5) LUKMANNULHAKIM BIN MD AMIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
6) NORIZATUL MARDIAH BINTI SHAHRANI
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
7) RASYIQAH BINTI MOHAMAD NOH
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
8) MUHAMMAD HAIKAL BIN MD NAZIR
-PENGERUSI KELAB FUTSAL
9) NUR SAKINAH BINTI MOHD ZIKRI
-BENDAHARI KELAB PING PONG
10) NURUL BALQISH BINTI AZHARUDIN
-AJK KELAB BADMINTON
Fokus utama perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan gerak kerja untuk
Program Iskandar Malaysia Invitational Cup 2014 yang akan dijalankan pada hari Sabtu, 20 Disember 2014.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meraikan semua komuniti Iskandar Malaysia. Antara komuniti yang mengambil bahagian ialah Iskandar Investment Berhad(IIB), Educity Iskandar Malaysia, Iskandar Waterfront dan beberapa komuniti yang lain.
Matlamat kami bagi program ini ialah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat melalui sukan serta menghiasi nilai-nilai murni seperti semangat yang jitu serta kasih sayang dalam setiap individu untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang mendorong pembangunan negara yang lebih komprehensif. Selain itu, kami ingin menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi menimba pengalaman dan cara pengurusan sesuatu program yang lebih matang dan kreatif.
Selaras dengan tema Exco kami iaitu Sukan dihiasi, Seni diwarisi, Islam diteladani.
InsyaAllah...
Saturday, 13 December 2014
Forum Perdana : Tugas dan Tanggungjawab Anak-anak terhadap Ibu Bapa dan Negara
Alhamdulillah... selesai Forum Perdana di Felda Papan Timur Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Tema Tugas Dan Tanggungjawab Anak2 Terhadap Ibu Bapa Dan Negara.Terima Kasih kepada UKM kerana sudi menjemput MPP Marsah .Terima Kasih kepada barisan panel ,
Ustaz Abdullah, Ustaz Anam,Ustaz Rosli Bahari Al-Hafiz.
Friday, 12 December 2014
FORUM PERDANA : UKM - MARSAH
Program Forum Perdana Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) akan dijalankan sempena Program KHIDMAT MASYARAKAT ANAK FELDA 2014
Tarikh : 13 Disember 2014
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan serbaguna Felda Papan Timur
Penceramah : Ustaz Abdullah Ahmad Al-Qadahi (Pegawai Agama Felda)
: Ustaz Shaiful Anam Bin Arshad (Pendakwah)
: Ustaz Rosli Bin Bahari Al-Hafiz ( Pensyarah Marsah )
Moderator : Ustaz Muhammad Azra'ie Bin Azhar (YDP MPMM)
Tajuk : " Tugas Dan Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Dan Negara".

Saturday, 6 December 2014
AKU NAK QOWIY 2014: BICARA SISWI : ISLAM LIFESTYLE
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM
Alhamdulillah thumma alhamdulillah.... moga usaha yang sedikit ini diredai~
EXCO PENERBITAN , INFORMASI & PUBLISITI
mengadakan program ini khusus buat mahasiswi MARSAH bagi memberi pencerahan bagaimana untuk menjadikan kehidupan ini cara hidup Islam... dari sudut pemakaian,aurat dan fesyen.
Sesungguhnya Islam itu sangat memberi kemudahan yang dipandu . Islam juga membenarkan fesyen yang bersyariat, Islam itu sangat memahami fitrah wanita.
Maka, jangan terasa bahawa Islam mengongkong untuk kita berfesyen.... Islam itu tidak update ! NO !... Islam sangat faham... Islam beri panduan...bagaimana fesyen itu ...kita bebas memilih tanpa terbabas !!!
#IslamDanWanita.... (^_^)v
Youth In Community Islam 2014
Alhamdulillah....
EXCO EKONOMI DAN KEUSAHAWANAN telah menganjurkan Program Youth In Community Islam pada 4 Disember 2014 .
Aktiviti memasak bubur lambuk berjemaah sangat meriah dengan kerjasama daripada pensyarah , pegawai Marsah , mahasiswa dan MPMM .
Program ini telah dirasmikan oleh Ketua Eksekutif Marsah , Profesor Dr Md Som Bin Sujimon dengan jayanya. Setelah itu , konvoi bermula ke Pusat Pemulihan Cure and Care ,Kempas dan Raudhatus Sakinah .
#Exco Ekonomi terbaik!!!

KULIAH CINTA
KULIAH CINTA ... Program Pemantapan Ilmu yang dianjurkan oleh Kelab TAQWA , Diploma Tahfiz Al-Quran wa Al-Qiraat .
Semoga beroleh manfaat ! (^_^)
IPTIM 2014 : DI SINI ATLET MARSAH BERMULA ...
السلام عليكم...
بسم اللّٰه الرحمن الرحيم.
Kami Mengucapkan Tahniah!!! مبروك!!!
Atas pengorbanan dan kegigihan Para atlet sukan MARSAH yang terlibat dalam Pesta Sukan IPTIM di Perak baru-baru ini,Prestasi Amat membanggakan,Moga teruskan!!!perjuangan anda menjulang nama Kolej di Peringkat Kebangsaan..dimasa akan datang,insyallah...
LUASKAN KUASAMU MARSAH!!!

PERJALANAN IPTIM 2014
24 DISEMBER 2014 : tiba di KUISAS , Perak ,perbarisan setiap kontijen dan Majlis Pembukaan Rasmi
25-29 DISEMBER 2014 : demua sukan dipertandingkan
- bola sepak / futsal / badminton
30 DISEMBER 2014 : Majlis Penutupan Rasmi dan penyampaian hadiah
#Atlet Marsah memang OSEMMM!
Subscribe to:
Posts (Atom)