Bismillah...
Assalamu’alaikum w.b.t.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Alhamdulillah dengan izin daripada Allah s.w.t, pihak Exco Sukan dan Seni Budaya telah berjaya dalam melaksanakan karnival yang dianjurkan oleh pihak Iskandar Regional Development Authority (IRDA) sebagai Ahli Jawatankuasa (comittee) pada tarikh 1 November 2014 di Gelanggang Cruyff Iskandar, SK Mohd Khir Johari, Kg. Melayu Majidee. Karnival ' CCI-SUNWAY SPECIAL KIDS CARNIVAL 2014 ' yang diketuai oleh En Hisham memfokuskan aktiviti sukan dan seni budaya yang melibatkan peserta daripada Sekolah Kanak-kanak Istimewa iaitu Sekolah Kanak-kanak Istimewa Johor Bahru, Sekolah Kanak-kanak Istimewa Sunway dan beberapa buah lagi Sekolah Kanak-kanak Istimewa yang terlibat.
Karnival dimulakan dengan ucapan beberapa VIP termasuk perasmi iaitu Naib Setiausaha Negeri Johor. Kemudian, persembahan tarian Zapin oleh peserta. Karnival diteruskan dengan aktiviti futsal dan sukaneka. Sepanjang karnival dijalankan terdapat beberapa tapak perniagaan yang dibuka dan ada gerai yang jurujual tersebut adalah orang istimewa sendiri. Karnival diakhiri dengan persembahan pelbagai jenis tarian daripada peserta sendiri dan terdapat ahli magis yang dijemput khas oleh jawatankuasa karnival. Karnival ini adalah program tahunan bagi pihak IRDA.
Ahli jawatan kuasa karnival turut disertai oleh angkatan Majlis Tertinggi Kelab-Kelab Sukan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
Berikut adalah senarai nama yang terlibat dalam karnival ini :
1) ASYRAF BIN AHMAD
-KETUA EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
2) ZAINURSYAMIMI BINTI ZAKARIA
-TIMBALAN EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
3) NORIZATUL MARDIAH BINTI SHAHRANI
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
4) RASYIQAH BINTI MOHAMAD NOH
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
5) MOHD HAFIZ BIN ROSLI
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
6) MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MUIN
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
7) ABDUL MUZHAFFAR BIN HJ SHAIB
-PENGERUSI KELAB BADMINTON
8) SITI KHADIJAH BINTI NASIR
-NAIB PENGERUSI KELAB BADMINTON
9) AHMAD AIMAN BIN MOHAMED
-SETIAUSAHA KELAB PING PONG
10) MUMTAZAH BINTI AZHAR
-NAIB PENGERUSI KELAB PING PONG
Bagi setiap jawatankuasa, terdapat sijil yang disediakan oleh pihak penganjur. Semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi harapan dan semangat kepada kanak-kanak istimewa ini sekaligus meraih redha dari-Nya. InsyaAllah.
Matlamat yang telah digariskan ialah mendekatkan diri dengan masyarakat melalui sukan serta menghiasi nilai-nilai murni seperti semangat yang jitu serta kasih sayang dalam setiap individu untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang mendorong pembangunan negara yang lebih komprehensif. Sepanjang karnival dijalankan, kami sentiasa memastikan setiap tindakan dan bantuan yang diberikan menuju matlamat yang telah dirancang. Alhamdulillah, matlamat yang telah digariskan oleh pihak IRDA serta pihak kami sendiri berjaya dicapai.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak.
'Sukan dihiasi, Seni diwarisi, Islam diteladani.