Pages

Tuesday, 18 August 2015





TAHNIAH !!!!
Seramai 7 orang bekas Mahasiswa MARSAH ambilan 2012 daripada Jabatan Tahfiz Al-Quran Wal Qiraat yang akan melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar.Berikut adalah nama-nama yang bakal melanjutkan pengajian disana
1) Mohd Arif bin Mohd Said
2) Mudhassir bin S. Borhan
3) Muhammad Abdullah Amru bin Muhammad Sobri
4) Muhammad Farhan Fikri bin Abdul Wahid
5) Muhammad Hakim b. Johari
6) Muhammad Syukri b. Mohd Sahar
7) Ruzatul Zuhairah b Rashidi
Semoga kalian berjaya dan kembali menabur bakti di Malaysia nanti.semoga urusan kalian dimudahkan oleh Allah.Seluruh wargaMARSAH mendoakan agar kalian selamat berangkat pada 22 Ogos ini.



                                




bismillah , Alhamdulillah .
Majlis jamuan dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri telah dijalankan di Batu Layar Beach Resort di Kota Tinggi.Program ini menggabungkan MPMM 14/15 dan MPMM 15/16.Terima kasih kepada Jawatankuasa Program yang telah berjaya menganjurkan program ini.Semoga budaya seperti ini akan diteruskan. 
indahnya suasana di tepi pantai , inilah salah satu nikmat Tuhan yang Dia pinjamkan. Sungguh Dialah yang maha Agung.


Tuesday, 6 January 2015

Perjuangan Sampai Di Sini : Legasi MPMM 2014/2015 Menutup Tirai







Bismillahirrahmanirrahim
Alhamdulillah thumma Alhamdulillah...
Selesai sudah perjuangan kami dalam Legasi MPMM 2014/2015 dengan jayanya,,,
Moga setiap usaha kami mendapat keberkatan dan reda-Nya,,
Moga setiap kerja kami dapat membantu Mahasiswa dan Mahasiswi ke arah menjadi individu yang profesional dan berfikrah dengan tarbiyah Islam.
Maaf zahir dan batin daripada KAMI...
MAJLIS PERWAKILAN MAHASISWA MARSAH 2014/2015 ~

YANG DIPERTUA
~Al-Akh Mohd Azra'i Bin Azhar
TIMB YANG DIPERTUA
~Al-Ukht Siti Umairah Binti Samsudin
NAIB YANG DIPERTUA
~Al-Akh Muhamad Zaid Bin Roslee

Setiausaha Agung
~Al-Akh Mohd Farhan Fikri
Timb Setiausaha Agung
~Al-Akh Mohd Hefizuddin
Bendahari Agung
~Al-Akh Amirazam
Timb Bendahari Agung
~Al-Ukht Nurul Najwa

Ketua Exco Penerbitan,Informasi & Publisiti
~Al-Akh Tuan Muhd Azfar
Timbalan Exco Penerbitan,Informasi & Publisiti
~ Al-Ukht Rasyidah

Ketua Exco Dakwah dan Kepimpinan
~Al-Akh Firdaus
Timbalan Exco Dakwah dan Kepimpinan
~Al-Ukht Anisah

Ketua Exco Akademik dan Pendidikan
~Al-Akh Mohd Aliff
Timbalan Exco Akademik dan Pendidikan
~Al-Ukht Nurul Islamiyah

Ketua Exco Sukan dan Seni Budaya
~Al-Akh Asyrof
Timbalan Exco Sukan dan Seni Budaya
~Al-Ukht Zainursyamimi

Ketua Exco Ekonomi dan Keusahawanan
~Al-Akh Mohd Safwat
Timbalan Exco Ekonomi dan Keusahawanan
~Al-Ukht Nor Adibah

Ketua Exco Penempatan dan Kebajikan
~Al-Akh Mohd Amirul Hakim
Timbalan Exco Penempatan dan Kebajikan
~Al-Ukht Siti Nurul Najah

Saturday, 20 December 2014

EXCO SUKAN : ' ISKANDAR MALAYSIA INVITATIONAL CUP 2014 ' .... (TIMBA ILMU DAN HAYATI IBRAH...)










Bismillah...
Assalamu’alaikum w.b.t.
Alhamdulillah.Alhamdulillah.
Alhamdulillah dengan izin daripada Allah s.w.t, pihak Exco Sukan dan Seni Budaya telah berjaya dalam melaksanakan tanggungjawab dalam sebuah program yang dianjurkan oleh pihak Iskandar Investment Berhad (IIB) sebagai Ahli Jawatankuasa (comittee) pada tarikh 21 Disember 2014 di Gelanggang Cruyff Iskandar, SK Mohd Khir Johari, Kg. Melayu Majidee. Program ' ISKANDAR MALAYSIA INVITATIONAL CUP 2014 ' yang diketuai oleh En Farid merupakan sebuah program yang memfokuskan sukan futsal melibatkan peserta daripada komuniti Iskandar sendiri. Antara komuniti yang terlibat ialah IIB, Educity Iskandar Malaysia, JPN Johor, SK Mohd. Khir Johari dan beberapa komuniti lain yang mengambil bahagian.
Program dimulakan dengan sesi pendaftaran dan undian bagi 9 kumpulan yang mengambil bahagian. Tepat jam 9.15 pagi, perlawanan pertama sesi kumpulan dimulakan. Diikuti dengan sesi separuh akhir dan sesi akhir. Johan keseluruhan membawa pulang baucar tunai berjumlah RM 2000 beserta trofi dan medal. Naib Johan membawa pulang baucar tunai berjumlah RM 1500 dan medal. Tempat ketiga membawa pulang baucar tunai berjumlah RM 1000 beserta medal. Johan telah dirangkul oleh SK Mohd Khir Johari (A). Tahniah dicapkan kepada semua pemenang. Program diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah dan sesi bergambar.
Ahli jawatankuasa program turut disertai oleh angkatan Majlis Tertinggi Kelab-Kelab Sukan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
Berikut adalah senarai nama yang terlibat :
1) ASYRAF BIN AHMAD
-KETUA EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
2) ZAINURSYAMIMI BINTI ZAKARIA
-TIMBALAN EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
3) MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MUIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
4) MUHD HAFIZ BIN ROSLI
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
5) LUKMANNULHAKIM BIN MD AMIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
6) NORIZATUL MARDIAH BINTI SHAHRANI
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
7) RASYIQAH BINTI MOHAMAD NOH
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
8) MUHAMMAD HAIKAL BIN MD NAZIR
-PENGERUSI KELAB FUTSAL
9) NUR SAKINAH BINTI MOHD ZIKRI
-BENDAHARI KELAB PING PONG
10) NURUL BALQISH BINTI AZHARUDIN
-AJK KELAB BADMINTON
Bagi setiap jawatankuasa, terdapat sijil yang disediakan oleh pihak IIB dan JCF. Semoga usaha yang sedikit ini mampu memberi semangat dan ilmu yang baru kepada setiap jawatankuasa sekaligus meraih redha dari-Nya. InsyaAllah.
Matlamat kami bagi program ini ialah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat melalui sukan serta menghiasi nilai-nilai murni seperti semangat yang jitu serta kasih sayang dalam setiap individu untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang mendorong pembangunan negara yang lebih komprehensif. Selain itu, kami ingin menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi menimba pengalaman dan cara pengurusan sesuatu program yang lebih matang dan kreatif.
Sepanjang karnival dijalankan, kami sentiasa memastikan setiap tindakan yang dilakukan menuju matlamat yang telah dirancang serta menyantuni masyarakat setiap satunya. Alhamdulillah, matlamat yang telah digariskan oleh pihak IIB serta pihak kami sendiri berjaya dicapai.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang membantu secara langsung mahupun tidak langsung.
'Sukan dihiasi, Seni diwarisi, Islam diteladani'

Friday, 19 December 2014

Program Iskandar Malaysia Invitational Cup 2014 - Exco Sukan dan Seni Budaya 14/15











Bismillah...

Pada tarikh 18 Disember 2014 (Khamis), jam 4.30 petang bertempat di pejabat Iskandar Johor Bahru. Kami, pihak Exco Sukan dan Seni Budaya telah mengadakan satu pertemuan dengan pihak Iskandar yang diwakili oleh En. Farid (Ketua Program Iskandar Malaysia Invitational Cup 2014), En Hisham, En Azhar, En Shah dan beberapa wakil yang lain bagi kerjasama dalam aktiviti luaran Exco Sukan dan Seni Budaya. Perjumpaan turut disertai oleh angkatan Majlis Tertinggi Kelab-Kelab Sukan Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH).
Berikut adalah senarai nama yang terlibat dalam aktiviti luaran dengan pihak Iskandar buat kesekian kalinya :
1) ASYRAF BIN AHMAD
-KETUA EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
2) ZAINURSYAMIMI BINTI ZAKARIA
-TIMBALAN EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
3) MUHAMMAD FAIZZUDIN BIN MUIN 
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
4) MUHD HAFIZ BIN ROSLI
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
5) LUKMANNULHAKIM BIN MD AMIN
- SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
6) NORIZATUL MARDIAH BINTI SHAHRANI
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
7) RASYIQAH BINTI MOHAMAD NOH
-SEKRETARIAT EXCO SUKAN DAN SENI BUDAYA
8) MUHAMMAD HAIKAL BIN MD NAZIR
-PENGERUSI KELAB FUTSAL
9) NUR SAKINAH BINTI MOHD ZIKRI
-BENDAHARI KELAB PING PONG
10) NURUL BALQISH BINTI AZHARUDIN
-AJK KELAB BADMINTON
Fokus utama perjumpaan ini diadakan adalah bagi membincangkan gerak kerja untuk 
Program Iskandar Malaysia Invitational Cup 2014 yang akan dijalankan pada hari Sabtu, 20 Disember 2014.
Antara objektif program ini diadakan adalah untuk meraikan semua komuniti Iskandar Malaysia. Antara komuniti yang mengambil bahagian ialah Iskandar Investment Berhad(IIB), Educity Iskandar Malaysia, Iskandar Waterfront dan beberapa komuniti yang lain.
Matlamat kami bagi program ini ialah untuk mendekatkan diri dengan masyarakat melalui sukan serta menghiasi nilai-nilai murni seperti semangat yang jitu serta kasih sayang dalam setiap individu untuk dipraktikkan dalam masyarakat yang mendorong pembangunan negara yang lebih komprehensif. Selain itu, kami ingin menggunakan peluang ini sepenuhnya bagi menimba pengalaman dan cara pengurusan sesuatu program yang lebih matang dan kreatif. 
Selaras dengan tema Exco kami iaitu Sukan dihiasi, Seni diwarisi, Islam diteladani.
InsyaAllah...

Saturday, 13 December 2014

Forum Perdana : Tugas dan Tanggungjawab Anak-anak terhadap Ibu Bapa dan Negara









Alhamdulillah... selesai Forum Perdana di Felda Papan Timur Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan Tema Tugas Dan Tanggungjawab Anak2 Terhadap Ibu Bapa Dan Negara.Terima Kasih kepada UKM kerana sudi menjemput MPP Marsah .Terima Kasih kepada barisan panel ,           
 Ustaz Abdullah, Ustaz Anam,Ustaz Rosli Bahari Al-Hafiz.

Friday, 12 December 2014

FORUM PERDANA : UKM - MARSAH

Program Forum Perdana Anjuran Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Majlis Perwakilan Mahasiswa MARSAH (MPMM) akan dijalankan sempena Program KHIDMAT MASYARAKAT ANAK FELDA 2014
Tarikh : 13 Disember 2014
Masa : 9.00 Malam
Tempat : Dewan serbaguna Felda Papan Timur
Penceramah : Ustaz Abdullah Ahmad Al-Qadahi (Pegawai Agama Felda)
: Ustaz Shaiful Anam Bin Arshad (Pendakwah)
: Ustaz Rosli Bin Bahari Al-Hafiz ( Pensyarah Marsah )
Moderator : Ustaz Muhammad Azra'ie Bin Azhar (YDP MPMM)
Tajuk : " Tugas Dan Tanggungjawab Anak Terhadap Ibu Bapa Dan Negara".
 

Blogger news

Blogroll